Get Mystery Box with random crypto!

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam* *20 Jun 2022/ 20 Zulkaedah 14 | JAKIM

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*20 Jun 2022/ 20 Zulkaedah 1443H*

*Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji*
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) di sini.
https://alhijrahnews.com/raja-permaisuri-agong-ucap-selamat-jalan-kepada-jemaah-haji/

*Jaga nama baik negara di Tanah Suci -Permaisuri Agong*
Demikian titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar ketika berkenan mencemar duli menyantuni jemaah haji di Kompleks Haji Sepang di sini hari ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/jaga-nama-baik-negara-di-tanah-suci-permaisuri-agong/

*Aidiladha: Tunggu pengumuman rasmi 29 Jun*
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, setakat ini tarikh perayaan itu masih kekal lagi seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/aidiladha-tunggu-pengumuman-rasmi-29-jun/

*Lebih RM28 juta elaun bulanan buat imam, bilal, noja*
Lebih RM28 juta diperuntukkan bagi membayar elaun bulanan kepada imam, bilal dan noja di Johor, tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967892/lebih-rm28-juta-elaun-bulanan-buat-imam-bilal-noja

*Agong Jalani Pemeriksaan Di Hospital, Gering Di Bahagian Kaki*
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini kerana gering di bahagian kaki.
https://alhijrahnews.com/agong-jalani-pemeriksaan-di-hospital-gering-di-bahagian-kaki/

*Rezeki Enam Sekeluarga Tunai Haji Bersama*
Seorang anak muda dan lima ahli keluarganya memperoleh rezeki yang diimpikan ramai apabila dapat bersama untuk menunaikan ibadah haji pada musim kali ini.
https://alhijrahnews.com/rezeki-enam-sekeluarga-tunai-haji-bersama/

*Walaupun Tertangguh 2 Tahun, Jemaah Syukur Dapat Ibadah Dengan Selesa*
Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, jemaah haji Malaysia yang dipilih sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah pada musim haji kali ini bersyukur dapat beribadah dengan selesa kerana keadaan di Tanah Suci tidak terlalu padat.
https://alhijrahnews.com/walaupun-tertangguh-2-tahun-jemaah-syukur-dapat-ibadah-dengan-selesa/

*Perlu mohon permit penyembelihan untuk ibadah korban*
Kuala Terengganu: Umat Islam yang akan melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha perlu mendapatkan permit penyembelihan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/853783/perlu-mohon-permit-penyembelihan-untuk-ibadah-korban

*Selangor benar laksana ibadah korban dengan SOP umum*
Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan SOP umum sama ada secara persendirian, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan NGO.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/selangor-benar-laksana-ibadah-korban-dengan-sop-umum/

*Perlis tidak berpegang pada wahabi - Raja Perlis*
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh umat Islam supaya berganding bahu membela sunnah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/853616/perlis-tidak-berpegang-pada-wahabi-raja-perlis

*Beri hadiah memalukan bukan akhlak Islam, adab masyarakat Timur*
Tindakan memberi hadiah yang tidak senonoh dan memalukan kepada pengantin seperti yang tular baru-baru ini, bukan akhlak yang diterap dalam Islam dan adab resam masyarakat Timur.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/968084/beri-hadiah-memalukan-bukan-akhlak-islam-adab-masyarakat-timur

*Kurator Berita*
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*