Get Mystery Box with random crypto!

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam* *18 Jun 2022/ 18 Zulkaedah 14 | JAKIM

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*18 Jun 2022/ 18 Zulkaedah 1443H*

*Aiman Ridhwan, Sofizah Johan Qari, Qariah Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan*
Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan Sofizah Mousin, qariah dari Selangor masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M yang diumumkan di Pusat Islam Iskandar, di sini semalam.
https://alhijrahnews.com/aiman-ridhwan-sofizah-johan-qari-qariah-tilawah-al-quran-peringkat-kebangsaan/

*Qari, qariah negara buat persiapan rapi untuk tilawah antarabangsa*
Qari dan qariah terbaik Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443/2022M bertekad melakukan latihan intensif bagi mempersiapkan diri mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa yang dijadualkan Oktober ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/qari-qariah-negara-buat-persiapan-rapi-untuk-tilawah-antarabangsa/

*Johan Qariah Berlatih Dalam Kereta*
Meskipun terpaksa melakukan latihan suara sambil memandu berikutan kekangan masa, ia tidak menghalang Sofizah Mousin muncul johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, malam tadi.
https://alhijrahnews.com/johan-qariah-berlatih-dalam-kereta/

*Rezeki penyertaan pertama*
Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan menganggap kejayaan dinobatkan Johan Qari Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) sebagai rezeki yang tidak disangka memandangkan ini adalah penyertaan pertamanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/853112/rezeki-penyertaan-pertama

*Alunan Bacaan Al-Quran Jadi Pendamping Pemuda Kurang Upaya Penglihatan*
Tatkala generasi muda masa kini lebih gemar mendengar muzik, seorang pemuda kurang upaya penglihatan memilih alunan bacaan al-Quran sebagai ‘halwa telinga’ dan belajar mendalami serta menghafal kalam Allah itu.
https://alhijrahnews.com/alunan-bacaan-al-quran-jadi-pendamping-pemuda-kurang-upaya-penglihatan/

*Isu Loji Sembelihan Australia Tidak Jejas Bekalan Daging Aidiladha*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup.
https://alhijrahnews.com/isu-loji-sembelihan-australia-tidak-jejas-bekalan-daging-aidiladha/

*Wan Zahidi Dilantik Mufti Perak Baharu Berkuat Kuasa Ogos*
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Perak yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan.
https://alhijrahnews.com/wan-zahidi-dilantik-mufti-perak-baharu-berkuat-kuasa-ogos/

*249 calon SPM MAIWP catat keputusan cemerlang*
Seramai 249 calon SPM 2021 terdiri daripada lima institusi pendidikan di bawah MAIWP catat keputusan cemerlang, lulus 100 peratus.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967034/249-calon-spm-maiwp-catat-keputusan-cemerlang

*Haji: Rendah Diri, Sembunyi Pangkat Dan Kedudukan Pupuk Keakraban Rakan Sebilik*
Menyembunyikan pangkat, jawatan dan taraf pendidikan menjadi satu daripada cara terbaik bagi memupuk keakraban dan hubungan harmoni dalam kalangan jemaah haji.
https://alhijrahnews.com/haji-rendah-diri-sembunyi-pangkat-dan-kedudukan-pupuk-keakraban-rakan-sebilik/

*Program khas hari Arafah*
BERSEMPENA Hari Arafah, TV Alhijrah buat pertama kalinya bakal bersiaran selama 17 jam bermula seawal jam 5 pagi hingga 10 malam melalui sebuah program khas, Munajat Arafah.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/06/853047/program-khas-hari-arafah

*Rindu bertemu Rasulullah*
Nabi Muhammad SAW adalah personaliti unggul yang menjadi ikutan dan sebutan sepanjang zaman.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/06/853011/rindu-bertemu-rasulullah

*Maklumat dakwa fenomena Aphelion mula esok palsu*
Maklumat tersebar termasuk di WhatsApp dan media sosial bahawa Malaysia akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga menjejaskan kesihatan, kesan fenomena Aphelion bermula esok hingga Ogos adalah palsu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967224/maklumat-dakwa-fenomena-aphelion-mula-esok-palsu

*Kurator Berita*