Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 16 Jun 2022/ 16 Zulkaedah 1443H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
16 Jun 2022/ 16 Zulkaedah 1443H


Tilawah: Juri puas hati bacaan peserta
Juri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022M berpuas hati dengan persembahan para peserta yang memperdengar bacaan dan hafazan mereka setakat ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/tilawah-juri-puas-hati-bacaan-peserta/

Peserta muda hafazan al-Quran bawa semangat arwah bapa
Meskipun baru kematian bapa pada Februari lalu, peserta muda Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK), Muhammad Ameinullah Abdur Rahman, 13, tidak pudar semangat untuk meneruskan langkah dan memperdengarkan hafazannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852395/peserta-muda-hafazan-al-quran-bawa-semangat-arwah-bapa

Tilawah: Doa ibu bapa jadi kekuatan Miza Faihanah
Titipan doa serta sokongan kuat oleh kedua ibu bapa menjadi kekuatan buat Miza faihanah Mohd. Japar, 23, dan adiknya, Dian Karisma, 17, untuk menyertai kategori hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022M.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/tilawah-doa-ibu-bapa-jadi-kekuatan-miza-faihanah/

Dakwaan SICHMA tidak masuk akal – The Hood Man
Individu dikenali The Hood Man menyifatkan dakwaan Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) bahawa dia merancang semua pendedahan berhubung isu keraguan status halal di pusat penyembelihan Thomas Food International (TFI) di Lobethal, Australia tidak masuk akal.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/dakwaan-sichma-tidak-masuk-akal-the-hood-man/

Baitullah Bertemu Kembali Tema Kempen Haji TV AlHijrah
Menggalas tanggungjawab besar sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.
https://alhijrahnews.com/baitullah-bertemu-kembali-tema-kempen-haji-tv-alhijrah/

Pencapaian sekolah agama JAIM membanggakan – Exco
Sebanyak tujuh sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mencatat prestasi membanggakan apabila kesemua pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 layak mendapat sijil.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/pencapaian-sekolah-agama-jaim-membanggakan-exco/

Mufti Perlis mohon wujud polisi larang pekerja Muslim terbabit urusniaga arak
Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar dapat membuat polisi yang jelas melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/mufti-perlis-mohon-wujud-polisi-larang-pekerja-muslim-terbabit-urusniaga-arak/

Kenaikan harga lembu tidak halang umat Islam jalani ibadah korban
Harga lembu yang meningkat pada tahun ini tidak menghalang umat Islam untuk menunaikan ibadah korban sempena Aidiladha dengan ramai dikalangan mereka mendaftar nama di masjid dan surau berdekatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852571/kenaikan-harga-lembu-tidak-halang-umat-islam-jalani-ibadah-korban