2022-07-29 04:57:17
MOTIVASI
Dunia dan nasib hidup bergantung kepada siapa yang memandang kehidupan itu dengan caranya yang tersendiri..
Orang positif akan melihat banyak kebaikan dimana-mana..
Orang negatif akan melihat banyak keburukan dimana-mana..
Orang pemarah akan melihat banyak ketidakadilan dimana-mana..
Orang bijak akan melihat banyak kebajikan dan peluang dimana-mana..
Orang bahagia akan melihat banyak kegembiraan dimana-mana..
Orang susah akan melihat banyak penderitaan dimana-mana..
Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, rahmat dari Allah, syukur, cinta, dan kedamaian dimana-mana..
Ketahuilah bahawa semua orang didunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif.
Sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.
Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran hidup, kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.
Dunia ini tiada jaminan melainkan ianya sebuah peluang, ciptalah peluang itu untuk kejayaan dunia dan akhiratmu.
Selalulah memandang dunia dari mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua terlihat indah dan membahagiakan, teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.
932 viewsMr Khalid, 01:57