Get Mystery Box with random crypto!

Sering aku sampaikan dalam penulisan bahawa aku bukan penulis. | Lima Aksara

Sering aku sampaikan dalam penulisan bahawa aku bukan penulis.
Cuma lakaran jiwa yang teratur perlahan oleh aksara dan medan penulisan menjadi serambi untuk permainan kata.

Sungguh jika lidah ini dapat menari dengan lincah seperti jemari, akanku suarakan segalanya hingga jiwa kita hampir bertukar jasad. Rasakan apa yang aku rasa.
Tapi sayang, tiada kebijaksanaan aku dalam melantuni bait suara.

Cumanya aku yakin kau selalu setia menanti apa yang ingin aku lakarkan dalam tulisan. Agar bisa kau gambarkan segenap perasaan.
Takkan ku hulurkan kasih untuk kau terima. Kerana ia masih dalam genggamanmu. Maka maaf adalah pemberian terikhlas ku untukmu.

Maaf, sungai ini telah kering. Flora tidak mekar dan itu salahku.
Kau tak ku petik kerana cinta yang sentiasa mekar.
Hanya andai bisa ku pekik, bahana luka membelai ego yang sentiasa kekar.

Nukilan, Amsterdamn.
Ogos 2022 | Awan

t.me/limaaksara