Get Mystery Box with random crypto!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْ | Himpunan DOA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku memanjatkan syukur kepadaMu kerana memanjangkan umurku ini sehingga
hari ini. Aku pohon kepadaMu semoga Engkau pancarkan cahaya keimanan yang tegar buat semua muslimin dan muslimat agar kami beristiqamah hanya padaMu dengan tawadduk.


Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau peliharalah diriku, zaujahku, ibu bapaku, saudara maraku, sahabat handaiku dan semua muslimin dan muslimat dengan sepenuh Rahmah dan Rahim kerana tidak sekadar kami makhluk ciptaanMu malah kami juga amat mencintaMu Tuhanku dengan segala Puji Pujian dan kebesaran ArasyMu yang tiada tolok bandingnya

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau lindunglah dan selamatkanlah kami dari sebarang bala dan ancaman agar kami dapat menjalani kehidupan duniawi yang sejahtera, aman dan bahagia. Kurnialah kepada kami kesihatan luaran dan dalaman samada rohani mahupun jasmani yang terbaik agar dapat kami melaksanakan suruhanMu dan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk meraih pahala menjamin ke syurga. Tambahkanlah nikmat dan rezeki supaya kami dapat mensyukuri pemberianMu melalui sedekah jariah dan zakat dalam mengurangkan jurang kemiskinan.

Ya Allah Ya Tuhanku
Sejahterakanlah diriku dan zaujahku dalam kami menjalani kehidupan bersama. Hadirkanlah buat kami ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan kelapangan hidup supaya terbit kebahagiaan dan kemanisan dalam perhubungan ini bersama mekarnya kasih sayang dan ehsan yang berpanjangan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

@kitabdoa