Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh, komited dengan kehendak dan perubahan zaman.
Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
يَا اَلله ُ يَا قُدُّوْسُ Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i'tikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.
Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis. Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya....