Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan. Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.
Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis. Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya....