Get Mystery Box with random crypto!

JIWA TARBAWI 803 Ada kalanya celaan, makian dan fitnah manu | Jiwa Tarbawi

JIWA TARBAWI 803



Ada kalanya celaan, makian dan fitnah manusia lebih baik daripada puji pujian. Pujian sering menjadikan diri kagum dengan diri sendiri. Manakala celaan, makian dan fitnah mengajar bersabar dan bermuhasabah diri sendiri.

Kagum terhadap diri sendiri pula merupakan suatu sifat yang amat membinasakan.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ﺛَﻠَﺎﺙٌ ﻣُﻬْﻠِﻜَﺎﺕٌ : ﺷُﺢٌّ ﻣُﻄَﺎﻉٌ ﻭَﻫَﻮًﻯ ﻣُﺘَّﺒَﻊٌ ﻭَﺇِﻋْﺠَﺎﺏُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺀِ ﺑِﻨَﻔْﺴِﻪِ

“Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada keburukan) dan (3) ujub (takjub kagum pada diri sendiri).”

HR. Abdur Razaaq 11/304.

Dari Al-Miqdad bin Al-Aswad radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

أَمَرَنَا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نَحْثُوَ فِي وُجُوْهِ الْمَدَّاحِيْنَ التُّرَابَ

“Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menaburkan tanah ke wajah-wajah orang yang berlebihan dalam memuji.”

HR. Muslim no. 3002

Sebenarnya doa adalah lebih diperlukan dari pujian kerana biasanya pujian dapat menipu diri kita.

Sufyan bin Uyainah berkata,

ﻻ ﻳَﻐُﺮُّ ﺍﻟﻤَﺪﺡُ ﻣَﻦ ﻋَﺮَﻑَ ﻧﻔﺴَﻪُ

“Pujian orang tidak akan menipu orang yang kenal dirinya sendiri ( ia tidak sebaik pujian itu, bahkan lebih banyak aib serta dosa).”

Hilyatul Auliya’ 7/332

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَ ‏ ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

“Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan.”

HR. Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 761.





ABi