Get Mystery Box with random crypto!

HumraxNuhais

Logo saluran telegram humranuhais — HumraxNuhais H
Logo saluran telegram humranuhais — HumraxNuhais
Alamat saluran: @humranuhais
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 326
Deskripsi dari saluran

Terkadang melalui ujian kita bertemu cintaNya Tuhan.
Contact us: theaaryuofficial@gmail.com

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2022-06-10 03:35:13 Bersyukur apabila diberi nikmat, bersabar jika diberi ujian. Kedua-duanya membawa ganjaran yang besar kepada seorang manusia dan itu ialah sifat orang mukmin.

سُبْحَــانَ اللّــهِ وَبِحَمْــدِهِ، عَــدَدَ خَلْقِــهِ وَرِضَــا نَفْسِــهِ وَزِنَــةَ عَرْشِــهِ وَمِــدَادَ كَلِمَاتِــهِ. بِسْــمِ اللَّــهِ الَّــذِي لَا يَضُــرُّ مَعَ اسْمِــهِ شَيْءٌ فْـي الأَرْضِ وَلَا فِـي السَّمَــاءِ وَهُـوَ السَّمِيـعُ العَلِيـمُ.

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua, allahumma aamiin allahumma aamiin!
118 views00:35
Buka / Bagaimana
2022-06-04 06:08:30
Ajaib sekali perihal manusia.

Hari ini dia insan paling bahagia, keesokannya dia jatuh terluka. Kata orang, luar biasa bila kita bangkit semula walau kali sejuta, namun luar biasa juga jika kita memilih untuk kecewa selama-lamanya.

Luar biasa, kerana kita memilih untuk memberontak kepada Tuhan.
Luar biasa, kerana kita keras kepala tidak ingin menerima suratan takdir-Nya.
Luar biasa, kerana kita sangka tangan kita yang menulis catatan segala.

Hai jiwa, kecewamu biarlah berpada.

Bukankah begitu seharusnya roda hidup berjalan, mengikut hukum alam?
Kerajaan Roma Hercules akhirnya kecundang setelah berabad memerintah.
Manakala si pendaki akan sampai ke puncak setelah kaki berdarah memijak kerikil di tanah.

Masalahmu jangan dilihat besar sampai mengalahkan bantuan Tuhan Yang Maha Besar. Kita semua akan kecewa, namun berdamailah.

Kerana kecewa berlama akan mematikan jiwa yang pernah menyala & memutuskan rahmat-Nya.

NNH,
Jangan lupa Tuhan mu ada.
183 views03:08
Buka / Bagaimana
2022-06-04 03:43:54 Konklusi yang aku temui setelah diuji kerap kali. Setiap ujiannya Allah, akhirnya aku rasakan semakin pahit dengan dunia.

Betapa tawarnya dunia menyebabkan aku menjadi lebih menitikberatkan soal kehidupan aku di akhirat sana nanti.

Terima kasih Ya Allah

— hambaAllah.
152 views00:43
Buka / Bagaimana
2022-05-03 02:19:50
256 views23:19
Buka / Bagaimana
2022-05-03 02:19:33
188 views23:19
Buka / Bagaimana
2022-05-03 02:19:12
159 views23:19
Buka / Bagaimana
2022-04-02 10:49:53
Puasa Haram ada berapa?
Anonymous Quiz
26%
4 kot
28%
2 rasanya
30%
5 mungkin
17%
3 eh
54 voters276 views07:49
Buka / Bagaimana
2022-04-02 10:44:43 Puasa Sunat ada 6 kesemuanya.

1. Puasa sunat hari Arafah (9 Zulhijjah)

2. Puasa sunat 8 hari pada bulan Zulhijjah atau dikenali sebagai hari Tarwiyah. (1-8 Zulhijjah)

3. Puasa sunat pada hari Tasu'a dan Asyura (hari ke 9 dan 10 Muharram)

4. Puasa 3 hari setiap bulan atau dikenali sebagai puasa hari putih. (Puasa sunat 3 hari setiap pertengahan bulan Islam iaitu 13,14 dan 15 kalendar dalam Islam kecuali hari yang diharamkan berpuasa)

5. Puasa sunat 6 Hari dalam bulan Syawal

6. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis
231 views07:44
Buka / Bagaimana
2022-04-02 07:55:19 Cuba korang komen, apa puasa sunat yang korang tahu?
186 views04:55
Buka / Bagaimana
2022-04-02 07:52:42
Puasa sunat ada berapa?
Anonymous Quiz
24%
Tiga
15%
Empat
12%
Lima
49%
Enam
41 voters176 views04:52
Buka / Bagaimana