Get Mystery Box with random crypto!

Bakal fresh graduate cuba elak untuk berfikiran yang lepas hab | Harith Faisal

Bakal fresh graduate cuba elak untuk berfikiran yang lepas habis belajar kau wajib dapat kerja. Kalau tak dapat kerja, kau kena cipta kerja. Kau boleh salahkan kerajaan sebab kononnya tak sediakan peluang kerja yang cukup, kau boleh salahkan majikan sebab tak ambil kau berkerja kononnya kau patut layak.

Tapi jangan pula kau lupa untuk salahkan diri sendiri juga sebab tak bersedia hadapi situasi macam tu. Iya! Sebelum kau graduate, dah kena standby mode survival. Kau kena bermula di universiti. Orang yang mula bisnes jual itu ini atau mencuba sublet sejak kat universiti biasanya tahap survival dia tinggi.

Elak jadi orang yang suka salahkan orang lain. Bila kau salahkan orang lain, kau tak rasa diri kau bersalah. Kau tak akan menjadi orang yang lebih baik. Malah kau jadi sangat selesa lalu terus mencari mangsa untuk kau tudingkan jari kepadanya. Nak kahwin, nak beli kereta, kena ada kerja. Nak kejar harga rumah lagi.

Lambat, tinggal. Bukan saya yang tinggalkan korang. Tapi harga rumahlah yang makin naik meninggalkan korang. Nak salahkan kerajaan sebab tak kawal harga rumah? Nak salahkan pelabur sebab beli rumah banyak? PTPTN salah sebab tak free? Nak salahkan bakal mertua letak hantaran mahal?

Nampak tu, nak salahkan orang jugak.

Haha! - HF

#harithfaisal