Get Mystery Box with random crypto!

Kalau gaji kecil, mulakan dengan simpan 30% hingga 50% gaji. J | Harith Faisal

Kalau gaji kecil, mulakan dengan simpan 30% hingga 50% gaji. Jangan beli rumah terburu-buru. Fikir macam mana nak naikkan income dulu.

Nak beli rumah, kena pakai banyak duit. Kurang-kurang kena ada 15% daripada harga rumah. Rumah harga RM200,000 standby lah RM30,000.

Katakan kau simpan RM500/bulan. Selepas 5 tahun barulah cukup RM30,000. InsyaAllah gaji masa tu dah naik dan layak untuk mohon pembiayaan bank.

Tapi, itu tak termasuk lampu, kipas dan perabut asas pun nak kena ada lagi RM10,000 hingga RM20,000. Harga rumah pun dah lain selepas 5 tahun.

Jadi, daripada pening kena beli rumah masa gaji rendah dan risau duit belanja tak cukup, lebih baik pening fikir cara nak tambah income cepat.

Contoh, cari side income sampai kau boleh simpan RM3,000/bulan. Cukup 10 bulan, dah cukup simpanan RM30,000 untuk beli rumah.

Masa tu, memang dah sampai masa yang sesuai untuk kau memiliki rumah. Kau pun tak perlu catu makan, dah tak risau duit belanja tak cukup.

Rumah RM200,000 bayaran balik cuma sekitar RM1,000. Sedangkan kau dah terbiasa simpan RM3,000 setiap bulan. Jadi, RM1,000 is easy.

All the best! - HF

Nota: Cuma kalau kau dah biasa simpan RM3,000 setiap bulan, maka taste kau mestilah bukan lagi rumah harga RM200,000 tu.