Get Mystery Box with random crypto!

TAUBAT DOSA KEWANGAN. 1. Kad kredit menggunung tunggakan, pem | Harith Faisal

TAUBAT DOSA KEWANGAN.

1. Kad kredit menggunung tunggakan, pembiayaan peribadi buat belanja sakan, kereta mahal lebih gaji 12 bulan, paling sadis takda simpanan.

2. Kalau sebelum ni kewangan kita pernah berterabur, jangan risau kerana kita masih boleh bertaubat. Insaf saja tak cukup kena ubah cara hidup.

3. Bila kita dah sedar silap kita, cepat-cepat balik ke pangkal jalan. Usaha ubah cara belanja kita. Jangan tangguh.

4. Semakin besar kemusnahan kewangan yang kita dah buat, semakin lama masa diambil untuk pulihkan kembali keadaan.

5. Ada orang, 2-3 bulan dah selesai masalah. Ada orang, setahun dua pun belum tentu sudah. Petanda kewangan kita makin okay adalah,

Hutang bebanan semakin mengecil.
Simpanan bulanan makin membesar.

6. Bibit-bibit kesedaran yang timbul tu mungkin permulaan untuk kita urus kewangan lebih baik. Ia datang melalui bacaan atau orang terdekat punya pengalaman.

7. Nak dapat kesedaran tu bukan senang. Jangan biarkan ia hilang. Jangan nanti-nanti. Mula ubah sekarang atau menyesal lagi sekali.

8. Ingat! Kawan ketika kita senang, memang ramai weihh. Kawan ketika kita susah, semua lari macam tak pernah kenal kita sebelum ni. Haha. - HF

#harithfaisal