Get Mystery Box with random crypto!

'Kenapa pinjam PTPTN? Sebab nak masuk Universiti. Kenapa nak m | Harith Faisal

"Kenapa pinjam PTPTN? Sebab nak masuk Universiti. Kenapa nak masuk Universiti? Sebab nak dapat kerja. Kenapa nak kerja? Sebab nak bayar PTPTN."

Saya faham, ayat tu biasa orang pakai sebab nak kecam PTPTN. Kononnya, PTPTN tak bagus sebab kena bayar balik. Sepatutnya kerajaan kena bagi free education. Kan, kan, kan?

Tapi betul juga apa yang dorang kata tu. Jadi, kalau tak kerja lepas graduate, macam mana nak bayar PTPTN, kan. Yang dapat kerja awal, tahniah. Kalau kau pandai urus, macam-macam kau boleh buat.

Duit gaji tu bukan setakat lepas bayar PTPTN saja. Nak beli rumah, beli kereta, simpan duit kahwin, simpan kat tabung haji, bagi kat mak bapak semua boleh pakai duit gaji tu.

Bersyukurlah ada PTPTN dulu. Dapat juga dana untuk kau masuk U sambung belajar. Kalau tak, tergadai tanah mak bapak kat kampung tu, berhutang pula dengan sanak saudara.

Move on lah! Bayar bulanan PTPTN tak sampai RM200 pun. Yang lebih-lebih duit tu kau buat apa? Travel? Pakai kereta mahal? Duduk kondo? Belanja awek makan tempat hipster?

Iya. Ada orang berjimat kaw-kaw tapi masih tak mampu nak bayar PTPTN. Sekarang ni kau kena layan PTPTN ni sama macam kau layan hutang kereta dan rumah. Kalau tak, rosak CCRIS.

Kalau CCRIS dah rabak dan tak cun, susahlah kau nak beli rumah, beli kereta, buat kad kredit dan mohon apa-apa fasiliti yang ada sangkut paut dengan institusi kewangan. Tak caya, cubalah.

Tak cukup dengan gaji yang kau dapat, tambah pendapatan. Juallah apa-apa pun. Tak sanggup, kurangkan belanja dan komitmen yang tak perlu. Kalau tak nak juga, entahlah.

Kau fikirlah sendiri. - HF

#harithfaisal
#bukanmacai