Get Mystery Box with random crypto!

Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksud | Harith Faisal

Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksudnya gaji kau tak cukup tampung hidup kau. Ada dua perkara yang kau boleh buat.

1. Cari side income
2. Tukar kerja lain
3. Berjimat cermat

Nak berjimat, boleh. Tapi ada limit dia. Tak semua orang boleh downgrade lifestyle. Bukan senang tau. Dah terbiasa weekend jalan-jalan spend RM200-300 takkan tiba-tiba nak duduk rumah saja kan.

Tukar kerja lain pun tak membantu sangat. Iyalah, kau punya skill setakat tu saja, lagipun sekarang ni orang ramai tak berani tukar kerja sebab nak bersedia hadapi recession. Pernah dengar kan..

“Last in, first out.”

Jadi, cara yang paling sesuai sekarang ni adalah cari side income. Walaupun side income tu bersifat aktif pun layan sajalah. Contohnya, buat Foodpanda, Grab, jadi dropship, ambil upah mengajar tuisyen.

Kalau kau nak buat side income yang satu hari nanti bakal jadi lifetime career, alang-alang kau yang boleh bagi kau passive income. Contohnya, ejen takaful, ejen hartanah, ejen unit trust, ejen jual emas dll.

Cubalah! Tak salah pun explore benda baru.

#harithfaisal