Get Mystery Box with random crypto!

Kalau kau ada 5 ciri kat bawah ni, peluang sangat cerah untuk | Harith Faisal

Kalau kau ada 5 ciri kat bawah ni, peluang sangat cerah untuk kau boleh beli rumah pertama dalam masa 12 bulan selepas kau graduate dan mula kerja. Share supaya kau boleh baca lagi nanti.

1. Kerja tetap bergaji RM2,000 minimum. Yang ni simple sangat. Katakan bank tu benarkan maksimum komitmen bulanan adalah 50%. Jadi RM2,000 x 50% = RM1,000. Kau boleh beli rumah lebih kurang harga RM200K maksimum.

2. Duit tepi RM1,000 maksudnya kau kena buat side income lah. Nak mengharap gaji kau yang sedia ada tu, bila pula nak cukup modal kau untuk beli rumah pertama tu kan. Nak side income untuk dapatkan RM1,000 tu kau kena pandailah. Nanti saya cadang kau buat servis potong rumput rumah ke rumah kau kecam pula. Ha!

3. Tangguh beli kereta ni sangat penting tau. Sebab anak muda biasanya “tertipu” dengan komitmen kereta. Kau ingat kau beli Myvi bayar bulanan kat bank RM500 itu saja komitmen kau. Tak masuk lagi road tax, takaful kereta, tol, parking, dengan harga petrol naik malam ni. Paling kurang kau kena spend RM1,000 sebulan kat kereta saja. Banyak wei. Sudahnya, kau tak dapat simpan duit langsung. Gaji RM2,000 bukan besar sangat ya.

4. Simpan 50% daripada gaji kau tu. Bank suka orang macam ni. Kalau gaji RM2,000 simpan separuh dah dapat RM1,000 sebulan. Campur side income kau tadi yang RM1,000 dapatlah RM2,000 sebulan simpan dalam Tabung Haji dan ASB. Konsisten 12 bulan, kau dah ada RM24,000 tak campur dividen lagi. Guna RM15K untuk modal beli rumah, baki lagi RM9K kau buat sebagai dana kecemasan. Tanyalah apa guna dana tu. Dana tu kau standby untuk guna time kecemasan lah ya.

5. Bila dah kena bayar PTPTN tu, gagahkan diri kau untuk bayar setiap bulan tanpa gagal. Kau pun tau kan sekarang ni PTPTN tu dah masuk CCRIS. CCRIS ni macam buku laporan kewangan kau. Kau tak bayar PTPTN, maka CCRIS kau pun dah sama level dengan gred 9G dalam SPM, gagal.

Dulu-dulu selalu sangat viral anak muda beli rumah pertama awal gila. Bukan sebiji, kadang berbijik-bijik. Sekarang ni dah tak da viral dah cerita macam tu, sebab dah jadi macam benda normal. So, kau nak jadi normal ke tak normal, kau jawablah sendiri. Ha! - HF

#harithfaisal