Get Mystery Box with random crypto!

Hidup sederhana untuk setiap orang berbeza. Jadi, kita jangan | Harith Faisal

Hidup sederhana untuk setiap orang berbeza. Jadi, kita jangan suka judge judge bila tengok orang lain berbelanja. Poket kita semua tak sama, hutang dan komitmen kita semua juga lain-lain.

Ada orang, bayar kereta RM500/bulan itu sederhana untuknya. Gajinya mungkin RM6,000/month. Tak ada hutang lain. Mampu pula simpan 30% gajinya.

Ada orang, bayar kereta saja RM9,000/bulan, itu pun sederhana juga. Mungkin dia CEO Megah Holding. Gajinya RM60,000. Sedekah 10% daripada gajinya.

Orang nampak macam dia terlampau bermewah dengan kereta. Padahal komitmen kereta hanya 15% daripada gajinya. Banyak lebihan lagi.

Rumah banglonya harga RM2juta. Sebulan bayaran cuma RM10,000. Bagi kita rakyat marhein nampak macam besar angka tu. Tapi untuk dia, CUMA RM10,000 kerana ia hanyalah 17% daripada gajinya.

Jadi, bila kita nampak orang berbelanja, jangan kita berlumba-lumba ikut sama. Mungkin memang gajinya besar, mungkin juga dia personal shopper. Ha! - HF

#harithfaisal