Get Mystery Box with random crypto!

Salam ES, Merujuk seperti laporan yang telah dibuat Taman Ris | Edisi Siasat (ايديسي سياست)

Salam ES,

Merujuk seperti laporan yang telah dibuat Taman Rishah Repot:000317/24.

Susulan satu rakaman video Cctv yang telah viral berkaitan salahlaku pegawai dan anggota PDRM Perak semasa membuat serbuan dan rampasan mercun tempoh hari. Perkara ini haruslah dipanjangkan kepada pengetahuan pucuk pimpinan tertinggi PDRM iaitu Tan’Sri Ketua Polis Negara, Pengarah JIPS Bukit Aman, Pengarah JSJ Bukit Aman, Ketua Polis Perak.

Perkara adalah seperti yang telah di laporkan tetapi bagaimana pula dengan hasil siasatan yang telah dibuat oleh pegawai penyiasat, adakah kejadian yang dilaporkan tidak dibuka kertas siasatan untuk diambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan dengan peruntukan undang-undang, tambahan pula kejadian yang dilaporkan dikuatkan lagi dengan bukti rakaman video Cctv di tempat kejadian.

Kejadian seperti di dalam laporan yang telah dibuat merupakan perkara yang amat memalukan bagi PDRM Perak kerana ianya jelas menunjukkan wujudnya sikap yang tidak berintergriti dan salahguna kuasa dalam pasukan PDRM Perak seandainya perkara yang dilaporkan adalah benar berlaku dan terjadi.