Get Mystery Box with random crypto!

Doa Akhir Ramadan . Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pe | 🌹 Doa Murah Rezeki 🌹

Doa Akhir Ramadan
.
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.
.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan mahupun selepas Ramadan.
.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
.
Ya Mujibbasailin. Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadan Al Mubarak yang akan datang.
.
Ya Allah, Janganlah Kau jadikan ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang.
.
Tapi, andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu.
.
Ya Allah, jadikanlah ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.
.
Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr.
.
Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang Maha Luas Nikmatnya.
.
Aamiin3 ya rabbal'aalamiin.
https://t.me/Doamurahrezeki