2023-06-02 08:50:58
Sheikh Ahmad Yassin : Lelaki lumpuh yang digeruni Israel
Hari ni Min nak share sekali lagi pasal Sheikh Ahmad Yassin. Seorang yang lantang menyuarakan tentang kebangkitan Palestine di masjid-masjid.
Digeruni kerana menjadi orang yang sentiasa mengobarkan semangat pemuda Islam Palestine
Antara yang Min sendiri terkesan bilamana Sheikh Ahmad Yassin sangat tekankan untuk betul-betul jaga ibadah wajib dan sunat.
Sheikh sudah buktikan, walaupun dalam keadaan lumpuh. Masih tetap istiqamah solat subuh berjemaah di masjid.
Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk menjadi insan yang sangat ditakuti Israel sehingga mereka perlukan bantuan senjata canggih bagi menghapuskannya.
Yang utama dan terpaling penting adalah ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, umat Islam tidak akan digeruni. Ilmu itu yang utama. Kerana daripada ilmulah kekuatan yang menakutkan akan tumbuh walau dalam serba kekurangan.
Seruan untuk kita membantu saudara kita di Palestine masih diperlukan. Rakyat Palestine masih perlukan sokongan daripada kita.
Tidak semestinya kita kena ke sana untuk menunjukkan semangat jihad kita. Berdoa dan sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka juga antara cara untuk kita tunjukkan sokongan kita kepada mereka.
Boleh berkongsi rezeki melalui dua projek ini.
Bantuan bakul makanan untuk keluarga yang terkorban
https://myfundaction.org/campaign/k01-emergency-relief-palestine/
Projek anak angkat untuk anak yatim Tebing Barat dan Gaza
https://myfundaction.org/campaign/update-palestinian-adoption-programme/
2.3K views05:50