Get Mystery Box with random crypto!

Khusyuk Parenting ( Fhais Salim )

Logo saluran telegram coretanfhais — Khusyuk Parenting ( Fhais Salim ) K
Logo saluran telegram coretanfhais — Khusyuk Parenting ( Fhais Salim )
Alamat saluran: @coretanfhais
Kategori: Pengasuhan Anak
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 77.55K
Deskripsi dari saluran

Any inquiries 👉 bio.link/fhais

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2024-03-13 03:01:33 Jangan cepat teriak ya kalau anak susah nak kejut waktu paginya.. Memang ada yg jenis Heavy Sleeper gituh.. Heavy sleeper ni ada manfaat besar juga...

Heavy sleeper ni tanda dia masuk ke fasa Deep Sleep lebih lama daripada biasa.

Deep sleep ni ada bagusnya tau. Badan boleh heal more, regenerate more, growth more..

Kebiasaannya yang Heavy sleeper ni ketika berjaga tenaga dia luar biasa sikit, kita boleh sampai terkeluar anak tekak la nak handle dia.

Nak mudah kejut anak begini jawapan dia pastikan anak tu mendapat tidur yang awal, berkualiti & cukup ikut usianya.

Budak ni dia tak pandai tidur sendiri kalau tak di suruh, oleh itu kita la yang kena sentiasa jaga rutin tidur dia. Cukup masa tidur!
12.7K views00:01
Buka / Bagaimana
2024-02-28 12:28:06 Marah anak macam mana pun jangan cakap degil, keras kepala, pemalas, bodoh dan seumpamanya..

Ini bukan marah yang membina, tapi ini marah yang menghina namanya..

marah orang

marah perbuatan

Cara marah yang membina adalah marah yang fokus pada perbuatan bukan orang..

Kita nak bentuk sikap, tingkahlaku, perbuatan..
Orang tak boleh nak ubah, tapi sikap boleh..

Orang ada perasaan, ada emosi, ada rasa di hina.
Tapi sikap tak ada perasaan, kita ubah la macam mana pun dia tak kisah..

#HaBuPar
#gelombangParentingBaru
12.6K views09:28
Buka / Bagaimana
2023-12-16 14:37:58
Akhir zaman ni cabaran berganda ganda lagi teruk dari dulu.. ibu ayah kena berhati-hati & cakna selalu.. Jom bersama Seminar Online : Selamatkan Anak-Anak Kita daripada pengaruh media sosial, pornografi, sexual grooming & banyak lagi bersama saya & tuan Akhi Fairuz pada 7 januari 2024 nanti..

Daftar di link di bawah ya :
https://ezy.la/SelamatkanAnakKita
12.6K views11:37
Buka / Bagaimana
2023-12-09 16:09:20 Saya nak nasihat sikit, bukan nak mengajar tapi nak kongsi sebab sayang...

Dalam mendidik anak kita kena jelas apa matlamat kita mendidik & konsisten buat.

Elakkan ada faktor kasihan dalam mendidik.

- kasihan kejut anak bangun subuh dia ngantuk.
- kasihan sekolah penat, biarlah dia rileks hari ni.
- kasihan dia bosan, bagi la dia main phone.
- kasihan dia, hari minggu bagi la tidur lambat & bangun lambat sikit.

Banyak naw kasihan.. adakah ini bermaksud yang didik anak buat setiap hari itu satu penderaan?

Prinsip penting dalam parenting kena KONSISTEN

Bila didik elok 5 hari tidur awal, bangun subuh.. tup tup sampai sabtu tidur lambat & subuh pun tak bangun.. rosak terus rutin dia.. hilang terus semua patern yang dah didik sepanjang minggu..

Puncanya.. kasihan! Sayangnya la...

#KhusyukParenting
12.7K views13:09
Buka / Bagaimana
2023-12-05 08:08:20 Jangan terpedaya la bila ada yang cakap tengok muka anak penat semua hilang, stress semua hilang, masalah semua hilang...

Tipu semua tu..

Yang sebenarnya penat tak hilang..
Tapi sabar yang muncul..

Yang sebenarnya stress tak hilang..
Tapi redha yang muncul..

Yang sebenarnya masalah tak hilang..
Tapi tawakal yang muncul..

Bila kita terima hakikat yang kita ni manusia biasa, lemah & terhad kudratnya..

Pasti semua penat, stress & masalah hilang bila kita sedar betapa 'tiada had' kudrat Allah swt..

Wallahu a'lam..

#KhusyukParenting
12.9K views05:08
Buka / Bagaimana
2023-11-28 11:48:35
Pendaftaran belum di buka tau, masih banyak slot untuk join.. kepada semua yang mahu info & makluman tentang seminar ni boleh ke group telegram khas ni ya..

Tekan sini https://t.me/+EZnLadTTDRs2OWJl
12.6K views08:48
Buka / Bagaimana
2023-11-18 10:46:27
Manja yang rapat dengan anak & manja yang langsung tak boleh di tegur tu berbeza tau..

Memang ada sifat anak yang manja dengan mak ayah sebab dia rasa paling selesa, selamat & bahagia bila bersama mak ayah.. ini normal dan bagus..

#KhusyukParenting #gelombangParentingBaru #parenting #bukuparenting #parentingjourney
13.0K views07:46
Buka / Bagaimana
2023-11-17 04:02:56
Setiap anak ada kelebihan & kelemahan. Tak boleh kita hanya nak kelebihan sahaja tetapi menidakkan kelemahan mereka.

Menerima anak sesuai fitrah maknanya kita faham dia betul betul & terima kelebihan kekurangan dia sepenuhnya..

Sama seperti kita mengharapkan anak menerima sepenuhnya kelemahan kita sebagai ibu ayah yang tak sempurna ini..

#KhusyukParenting #gelombangParentingBaru #parenting #bukuparenting #parentingjourney
13.4K views01:02
Buka / Bagaimana
2023-11-13 07:19:50
Berita baik untuk warga terengganu.. Buat pertama kalinya seminar khusyuk parenting sampai ke bumi sang penyu!

Jangan lepaskan peluang ya :

Dapat ilmu parenting terkini
Dapat faham peel anak
Dapat ubat stress!
Dapat trick anak dengar kata


Dan banyak lagi.. Yuran RM70 seorang, berdua dapat RM130 je..

Book segera, tekan link berikut :
https://akademibaariq.com/khusyukparentingganu
13.0K views04:19
Buka / Bagaimana
2023-11-03 09:08:39 Walau apa pun situasinya, jangan salahkan anak kepada masalah kita..

Jangan jadikan anak alasan untuk :

Kita bergaduh suami isteri

Kita meninggi suara di rumah

Kita mengeluh & merungut

Kita bersangka buruk

Kita ragu ragu pada rezeki

Kita jadi pemarah & perengus

Kita abaikan kesihatan diri

Kita berkira-kira soal rezeki


Yang pasti.. Anak itu adalah ujian..

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
Surah At-Taghaabun : 15

#JumaatBarakah
#TazkirahParenting
12.6K views06:08
Buka / Bagaimana