Get Mystery Box with random crypto!

Ceramah Ustaz dan Ustazah

Logo saluran telegram ceramahustazdanustazah — Ceramah Ustaz dan Ustazah C
Topik dari saluran:
Ustazahmadrizam
Ustazwadiannuar
Logo saluran telegram ceramahustazdanustazah — Ceramah Ustaz dan Ustazah
Topik dari saluran:
Ustazahmadrizam
Ustazwadiannuar
Alamat saluran: @ceramahustazdanustazah
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 113.84K
Deskripsi dari saluran

Live streaming ceramah dan tazkirah di Fb Pages
Jom lawat web kami
www.tazkirahustazustazah.com
Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 🤲

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 27

2023-04-09 06:25:05 "Aku ni Ya ALLAH, dah dapat hidayah sungguh ke tidak kalau aku baik sorang-sorang perasan Syurga tapi keliling aku ni belum baik sebab aku tak pernah tegur. Aku tak pernah doakan. Yang aku tahu kecam , kecam dan kecam orang."

Sahabat-sahabat,

Macam mana orang nak bersama-sama kita?

Syurga dihuni sorang-sorang tak best.

Orang yang baik, bila dia dapat rezeki, dia nak share dengan semua orang yang dia sayang.

Begitulah dengan Syurga.

Takkan kita nak masuk Syurga sorang-sorang?

Tak bestlah.

Mestilah kita nak masuk Syurga beramai-ramai bersama-sama semua orang yang kita sayang.

_____

[Sebahagian tazkirah kuliah Dhuha bersama Ustazah Zai pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ]

Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
#yusnizayaziz
17 Ramadhan 1444H
8 April 2023
3.3K views03:25
Buka / Bagaimana
2023-04-09 06:25:05 Dalam solat kita baca Al-Fatihah. Kita sebut kalimah

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

"Yang menguasai hari agama."

Kenapa ALLAH guna kalimah يَوْمِ الدِّينِ , kenapa?

Kenapa ALLAH tidak gunakan kalimah Yaumil Qiamah, Yaumil Waqi'ah?

Tapi dalam Surah Al-Fatihah, ALLAH guna kalimah يَوْمِ الدِّينِ , kenapa?

Kita baca Al-Fatihah hari-hari, 17x sehari semalam dalam solat. Tapi kita tak punya rasa.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Nanti bila kamu berdiri di hadapan ALLAH, tak ada siapa tolong kamu.

ALLAH takkan tanya rumah yang kau tinggal berapa besar, kereta kau berapa biji, last pangkat kau di pejabat dulu pangkat apa?

ALLAH tidak akan tanya.

Tapi yang ALLAH akan tanya,

"Ketika kau menjadi ayah, kau ikut agama tak?

"Ketika kau menjadi ibu, kau ikut agama tak?

"Ketika kau menjadi isteri, kau ikut agama tak?"

"Ketika kau menjadi suami, kau ikut agama tak?"

"Ketika kau menjadi anak, kau ikut agama tak?"

"Ketika kau menjadi pekerja di pejabat, kau ikut agama tak?

"Kau bermasyarakat, kau ikut agama tak?

Sebab itu DEEN.

Kita disuruh sebut
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Bergetar jiwa orang yang faham setiap kali menyebutnya.

"Yang Menguasai Hari Agama."

Aku berdiri di hadapan ALLAH, ALLAH tak tanya lain, ALLAH hanya tanya tentang agama aku.

Tanyakan kepada diri,

Sekarang aku menjadi ayah yang betul tak?

Aku menjadi isteri yang betul tak?

Mak ayah aku masih hidup ni, aku jadi anak yang betul tak pada mak ayah aku?

Apa yang agama suruh?

Walaupun aku dah punya isteri, apa tanggungjawab aku kepada ibu aku?

Ini orang yang ikut agama.
Orang yang takut kepada ALLAH.

Sebab itu para wanita, Ustazah selalu ajak berdoa.

"Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa suamiku Ya ALLAH. Kasihanilah suamiku yang terpikul di atas bahunya pelbagai tanggungjawab yang akan ditanya satu persatu ketika berseorangan berdiri di hadapan-MU di Mahsyar kelak. Kasihani suamiku Ya ALLAH. Kasihani suamiku Ya ALLAH. Berikan petunjuk, hidayah dan taufiq-MU agar mampu memimpin tangan-tangan kami ke jalan-jalan Syurga-MU. Agar mampu menarik tanganku daripada jurang api Neraka-MU."

Kerana apa?

Kerana kita sebagai wanita yang taat ALLAH, taat Rasul, taat suami maka Syurga.

Suami sebelah kaki dah duduk dalam Syurga, tapi ALLAH tarik balik.

ALLAH tanya,

"Bagaimana kamu dengan isterimu?"

"Ketika kamu sudah berkahwin dan punyai isteri, bagaimana hubunganmu dengan ibumu yang ternanti-nanti kiriman salam daripadamu? Kamu sibuk dengan isterimu, ibu terlupa."

Maka tak jadi suami kita ke Syurga.

Sebab itu isteri yang baik akan sentiasa memperingatkan suaminya,

"Abang dah lama dah tak telefon mak. Telefon lah mak."

"Abang dah lama tak jenguk mak."

"Abang dah lama tak hantar duit kat mak."

Kita sebagai isteri yang baik tak nak suami kita diNerakakan oleh ALLAH, maka kita ingatkan suami. Bukan kita yang cemburu dengan mak mertua kita. Ingatkan suami kita.

"Alaaa.. mak tu takpe. Adik beradik abang yang lain kan ada."

"Tu adik beradik abang. Ni abang depan ALLAH sebelah kaki dah dalam Syurga. Nak masuk Syurga tak jadi. Walaupun abang baik dengan saya dan abang baik dengan anak-anak. Sebab mak abang tu tengah menangis ingatkan abang."

Inilah isteri solehah.

Dan kalau ibu dah ok, isteri dah ok, nak masuk dah selangkah lagi ke Syurga, ALLAH tanya lagi,

"Wahai lelaki , kenapa ada kakakmu, adikmu yang kau biarkan tak pernah ditegur pun? Auratnya terdedah dan disentuh oleh lelaki-lelaki yang bukan halal. Kenapa kamu sebagai mahramnya tak tegur?"

Kalau jawapan suami kita,

"Aku dah tegur Ya ALLAH. Tak larat nak cakap dah."

Insya-ALLAH suami kita selamat sebab dia dah tunaikan tanggungjawab dia.

Tapi kalau dia tak pernah tegur,

"Lantaklah dia. Kakak saya tu perangai memang macam tu."

Suami tak berani tegur. Maka suami kita itu akan ditanya di hadapan ALLAH. Takutnya kita sebab kita jadi saksi betapa suami kita tak tegur adik beradik perempuan dia.

Kita tak nak suami kita tak jadi ke Syurga sedangkan kita nak bersanding semula dengan suami kita di dalam Syurga.

Jadi kita tanya pada diri kita,
3.5K views03:25
Buka / Bagaimana
2023-04-09 06:25:03
3.4K views03:25
Buka / Bagaimana
2023-04-09 05:58:46
3.8K views02:58
Buka / Bagaimana
2023-04-09 04:15:35
Sebanyak mana pengetahuan kamu tentang Rasulullah
4.3K views01:15
Buka / Bagaimana
2023-04-09 02:54:01
Sebaik-baik nikmat Allah adalah nikmat dapat berdamping dengan Allah.
.
.
Lafaznya kita baca,
maknanya kita fahami,
pedomannya kita ikuti,
pelajaran darinya kita amalkan.
.
.
Moga Al-Quran jadi teman kita di dunia juga di alam seterusnya.
.
.
#UstazHanafiMalek
4.9K views23:54
Buka / Bagaimana
2023-04-09 01:50:02
Sama-sama kita renungkan, ramadan kita tahun ni masih tahap mana?

Ustazah Asma Harun
5.0K views22:50
Buka / Bagaimana
2023-04-09 00:43:40
Assalamualaikum dan selamat menunaikan solat Subuh buat sahabat semua.

5.7K views21:43
Buka / Bagaimana
2023-04-08 23:24:50
188 views20:24
Buka / Bagaimana
2023-04-08 14:51:53
Assalamualaikum w.b.t sahabatku

JOM Berwakaf Al-Quran sepanjang RAMADHAN tahun ini.

Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH.

SELAGI guna selagi tu Pahala mengalir walaupun telah tiada.

Serendah cuma RM20 sahaja.

Tekan Link dibawah ye.


www.ceramahustazustazah.com

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat. Amin ya Allah
1.1K views11:51
Buka / Bagaimana