Get Mystery Box with random crypto!

Ceramah Ustaz dan Ustazah

Logo saluran telegram ceramahustazdanustazah — Ceramah Ustaz dan Ustazah C
Topik dari saluran:
Ustazahmadrizam
Ustazwadiannuar
Logo saluran telegram ceramahustazdanustazah — Ceramah Ustaz dan Ustazah
Topik dari saluran:
Ustazahmadrizam
Ustazwadiannuar
Alamat saluran: @ceramahustazdanustazah
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 113.79K
Deskripsi dari saluran

Live streaming ceramah dan tazkirah di Fb Pages
Jom lawat web kami
www.tazkirahustazustazah.com
Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 🤲

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 198

2022-09-05 08:32:34 Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis. Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj. Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah. Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah. Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk. Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid

.

Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Harga: RM20
Mukasurat: 272
Berat: 0.37kg

.

BUAT PARA SAHABAT YANG BERMINAT

Tempah sekarang dengan menekan link Whatsapp kami.

Sila Tekan Link:(Automatik akan ke WHATSAPP SAHABAT KAMI TANPA PERLU SAVE NO)

https://kliksini.my/KIAMATHAMPIRTIBA

https://kliksini.my/KIAMATHAMPIRTIBA

https://kliksini.my/KIAMATHAMPIRTIBA

ATAU

manual whatsapp ke 60142767238

.

Mohon jasa baik sahabat untuk SHARE ye. Terima kasih
4.0K views05:32
Buka / Bagaimana
2022-09-05 05:38:43
4.4K views02:38
Buka / Bagaimana
2022-09-05 04:27:36 Pentingnya KOMUNIKASI dalam RUMAHTANGGA - Ustazah Asma Harun

.

https://vt.tiktok.com/ZSRf7RmY5/
4.8K views01:27
Buka / Bagaimana
2022-09-05 02:48:55
4.8K views23:48
Buka / Bagaimana
2022-09-05 02:48:52 Wirid selepas solat itu menghadirkan ketenangan pada jiwa kita.

Orang yang melakukan wirid selepas solat hingga dia mengangkat tangan berdoa kelebihannya dia mendapat keampunan di sisi Allah.

Orang yang tidak berwirid selepas solat umpama dia makan nasi tanpa lauk.

Orang yang reti nilai wirid dia sayang nak tinggal wirid sebab Allah bagi kat dia kecelikan mata hati dia dapat melihat kelebihan wirid yang dia amalkan.

Orang yang baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat maka dia diamankan daripada bala selepas solat itu.

Bermakna kita telah menyiapkan satu jaminan keselamatan kepada diri kita apabila baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat.

Orang yang bangkit dari tempat solat dia keluar daripada masjid tanpa sempat Ayat Kursi selepas dia solat tiada sama sekali.

Selepas selesai solat bagi salam yang pertama sekali kata Tuan Guru , adab kita dengan Allah kita kena ucap Alhamdulillah dulu mula-mula sekali kepada Allah.

Kena puji Allah sebab Allah lah yang buat kita yang tolong kita sampai kita boleh solat ni.

Lepas puji Allah barulah istighfar minta ampun kepada Allah atas kelemahan kekurangan kita dalam mengerjakan ibadah.

Mohon Allah tutup mana yang kurang dengan rahmat dan kasih sayang.

Sibuk macam mana pun jangan bangkit dari tempat solat sebelum selesai:

1 - Puji Allah ucap Alhamdulillah.
2 - Beristighfar 10x.
3 - Ayat Kursi 1x.
4 - Tasbih Fatimah.
5 - Penghulu Istighfar.
6 - Selawat.
7 - Berdoa.

Ini paling kurang jika kita sibuk sangat tak sempat nak wirid panjang.

Sebenarnya ada banyak lagi amalan lain selepas solat seperti Surah Al-Insyirah, Selawat Tafrijiyyah, Al-Ikhlas dan yang lain-lain.

Jika kita ada masa, adalah lebih baik tambah lagi dengan wirid tersebut tetapi jika masa terhad, tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Jangan bangkit dari tempat solat tanpa apa-apa wirid.

~ Tuan Guru Syeikh Zainul Asri

Alhamdulillah
5.0K views23:48
Buka / Bagaimana
2022-09-05 01:46:27
Assalamualaikum sahabat semua. Semoga Allah lancarkan urusan kita semua hari ini ini. Amin ya Allah
4.8K views22:46
Buka / Bagaimana
2022-09-04 17:01:03
Sebelum tidur, ini boleh jadikan amalan. Semoga Allah makbulkan hajat sahabat. Amin ya Allah
6.0K views14:01
Buka / Bagaimana
2022-09-04 15:10:18
6.4K views12:10
Buka / Bagaimana
2022-09-04 14:02:12
6.4K views11:02
Buka / Bagaimana
2022-09-04 11:25:07 DRAMA SIRI 30 EPISOD SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW - UMAR AL-KHATTAB

.

https://facebook.com/1262563493811448/posts/1710932822307844
6.6K views08:25
Buka / Bagaimana