Get Mystery Box with random crypto!

Wahai akhi, Wahai ukhti. Mengapa hati itu terlalu rapuh dalam | Budak Tarbiah

Wahai akhi,
Wahai ukhti.

Mengapa hati itu terlalu rapuh dalam menampung beban dan amanah yang dipercayakan Tuhan ?

Mengapa jiwa itu terlalu goyah dalam menancapkan keyakinan untuk menghidupkan jiwa jiwa insan ?

Mengapa terlalu cepat merasa goyah dan terus mengalah ?

Tak yakin kah kalian bahawa kalian adalah hamba yang dipilh Allah untuk meneruskan apa yang kekasih-Nya telah mulakan ?

Tak rindu kah untuk merasa sakit dan derita dalam mengorbankan segala apa yang ada, sepertimana yang dirasakan oleh Baginda dan barisan sahabatnya ?

Akhi wal ukhti.
Kita tak punya banyak masa untuk menimbal samada kita layak untuk berdakwah atau tidak.
Kita juga tak punya banyak pengalaman untuk dipertikaikan.

Tapi kita tahu, kita ada satu keinginan yang kuat, untuk mencapai redha Dia, dan bertapak di syurga-Nya.

Bagaimana ?
Istighfar, dan menangislah sambil berlari.
Biarkan kaki itu terus melangkah walau ia dipenuhi darah.
Biarkan. Kerana itu adalah sunnah dalam berdakwah :')

#SpiritualTreatment
#Chonteng
#Taujihat

p/s : Sabarlah, dan tsabatlah :') Kerana istilah rehat itu hanya wujud setelah setapak kaki melangkah ke dalam syurga.

@budaktarbiah