Get Mystery Box with random crypto!

Malam ni luar biasa. Malam 27 Ramadhan, malam jumaat pula tu! | Akak Sharing

Malam ni luar biasa. Malam 27 Ramadhan, malam jumaat pula tu! Sungguh luar biasa.

Hormati malam ini bermula maghrib ini.

1.Sebelum azan maghrib, doa sungguh-sungguh. Mintalah kalau malam itu malam Lailatul Qadr, kita dipilih dan terpilih.

2.Berbuka dengan kurma, sunnah ni, Nabi suka.

3.Makan bersederhana. Ingat, kita masih ada esok untuk makan, sederhana makan. Kalau terlalu banyak, nanti rasa malas beribadah.

4.Solat isya' dan terawih berjemaah.

5.Kurangkan bercakap. Kurangkan cari silap orang, kurangkan tengok silap orang. Kurang-kurangkan.

6.Tidur awal untuk bangun awal. 10.30 malam dah off phone untuk bangun 3.30 pagi. Niat sungguh-sungguh minta Allah bantu kita untuk kita bangun beribadah malam nanti.

7.Baca Al-Mulk. Sebelum tidur jangan tengok isu panas, siapa silap siapa betul, tak payah tahu itu lebih baik, sebab isu panas ni takkan pernah habis.

Pesan sheikh.
"Orang yang bertemu dengan lailatul qadr itu bukanlah orang semata orang yang banyak ibadahnya tetapi yang suci hatinya."

8. Set alarm. Kita bukan wali yang boleh auto terjaga. Ikhtiarlah dengan gunakan jam untuk kejut kita. Setlah dan sound tu pasang yang terkuat sampai rumah jiran sebelah dengar. Tiberh.

9.Bangun pagi tu mandi dulu. Segar-segarkan badan. Ambil wuduk.

10.Allahu akhbar, solat sunat tahajjud 2 rakaat, solat sunat taubat, hajat dan istikharah. Last sekali tutup dengan solat sunat witir.

11.Istighfar, zikir dan selawat.

12.Peruntukkan 20 minit atau ikutlah masa korang masing-masing untuk berdoa. Mintaklah apa korang nak mintak. Nak kahwin,nak kaya, nak jadi solehah, nak faham agama, ikutlah, terserah, yang penting doa!

Pesan ustaz.

"Pada malam lailatul Qadr perbanyakkan doa, kerana pada malam itu tidak akan ada doa yang terhijab."

13.Sambil - sambil bersahur tu pasanglah kuliah subuh. Elakkan pasang sinetron. Dalam tazkirah tu ada peringatan.

Sahabat, bangunlah malam dengan rasa kerendahan bukan keakuan, kerana yang sombong itu tidak dipandang Tuhan.


@NakPesanBoleh



@AkakSharing