Get Mystery Box with random crypto!

3) TIPS UNTUK BERSABAR Sebenarnya banyak tips untuk kita ber | Akak Sharing

3) TIPS UNTUK BERSABAR

Sebenarnya banyak tips untuk kita bersabar, tapi antara yang ana nak kongsikan adalah:

1. DIRI KITA SENDIRI

Maksudnya? Cuba korang perhatikan betul-betul. Api bila ditambah dengan api, makin membara ke malap? Cuba fikir betul-betul.

Mestilah makin membara kan?


Sebab api dan api kan sama elemen. Cuba api ditambah dengan air? Jadi membara ke malap?

Mestilah malap kan sebab lain elemen.
(apa yang akak cakap ni, saya tak faham)

Hehe jangan pening-pening. Maksud ana di sini adalah bila mana dikaitkan dengan topik sabar tadi, contohnya, adik kita tuduh kita ambil baju dia tapi sebenarnya tak, adik ibarat api sebab dalam keadaan marah.

Jadi kita perlu jadi apa untuk menenangkan keadaan walaupun sebenarnya kita pun tengah marah sebab tiba-tiba kena tuduh. Jadi… kita perlu jadi air iaitu bersabar. Sabar menahan nafsu amarah yang membuak-buak dalam hati sebab kalau kita marah balik sekalipun, tidak semestinya masalah itu bertambah baik tapi makin… ke lautlah hmm…

Apa yang perlu dibuat adalah bincang baik-baik, cari jalan penyelesaian, insyaAllah boleh.

Sebab itu jugalah kita perlu mengubah mindset untuk tidak terburu-buru dalam emosi sebab bila sesuatu yang buruk berlaku, ia ibarat nasi telah menjadi bubur. Maka, bertenang sambil berdoa kepada Allah, “Ya Allah, hanya Kau sahaja tempat aku bergantung, berikanlah aku petunjuk dan permudahkanlah jalanku dalam menyelesaikan masalah ini ya Allah…”

2. MEMPERBANYAKKAN DOA DAN ZIKIR

Betul, doa dan zikir bukan sahaja untuk menambahkan pahala, ia juga mempunyainya banyak fadhilatnya iaitu dapat menenangkan hati yang sedang gelisah ataupun dibadai nafsu marah.

Contohnya:

Bila rasa nak marah, jangan berdiri tapi duduk sambil membaca ta’awwuz:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Jangan lupa ambil air wudhuk untuk meredakan kemarahan sebab bila kita ambil air wudhuk, automatik kita akan rasa tenang je, percayalah…
.
.
.
Bila tengah bersedih, bacalah:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."

(Hadis Imam Thabrani)
.
.
.
Bila melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu yang sukar, kita minta Allah permudahkan.

Doa Nabi Musa (Surah Taha: Ayat 25-28)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي


Rabbish rohli sodri wa yassirli amri wah lul ‘ukdatam millisani yafqohu qauli

“Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bebaskanlah kekakuan pada lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.”

Ayat ini adalah doa yang dibaca Nabi Musa a.s ketika nak berhadapan dengan Firaun untuk berdakwah. Untuk itu Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dilancarkan lidah ketika berkata-kata.

Ataupun kita boleh membaca:

Doa Ashabul Kahfi (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Rabbana aatina min ladunka rahmataw wahaiyik lana min amrina rashada

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”

Doa ini elok dibaca sebelum memulakan sesuatu urusan untuk memohon kepada Allah SWT supaya segala urusan berjalan lancar.
.
.
.
Baiklah, dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini, kita semua tidak akan terlepas daripada kesusahan, tak kira sama ada tua muda, kaya miskin, cantik hodoh. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, setiap orang ada ujiannya tersendiri. Allah SWT dah susun cantik-cantik dah jalan kehidupan kita. Yang penting adalah kita perlu sentiasa bersabar dan bersyukur atas segala ujian yang diberikan oleh Allah dan jangan sesekali mengeluh dengan takdir yang berlaku.