Get Mystery Box with random crypto!

Iwana Aisyah Ab Halim

Logo saluran telegram aisyahiwana — Iwana Aisyah Ab Halim I
Logo saluran telegram aisyahiwana — Iwana Aisyah Ab Halim
Alamat saluran: @aisyahiwana
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 5.07K
Deskripsi dari saluran

Moga hati-hati kita sentiasa disirami dengan jiwa al-Quran 🤲

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru

2022-07-28 07:29:44
Alhamdulillah

Tibyan Centre
Membina Generasi Mencintai al-Quran
1.3K views04:29
Buka / Bagaimana
2022-07-15 13:35:07
878 views10:35
Buka / Bagaimana
2022-07-15 13:34:07
10 tahun yang lepas pernah berangan nak buka centre al-Quran sendiri tetapi rasa mustahil.

Tapi hari ini, Allah makbulkan berangan itu. Dari tahun lepas, Allah gerakkan langkah ini sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.

Kadang rasa seperti mimpi boleh melangkah sebegini rupa. Ada doa Ibu Ayah saya terselit didalamnya.

Alhamdulillah, hari ini mempunyai 13 guru bersanad dan majoritinya menghafaz al-Quran 30 juzuk. Dan mempunyai staff centre 3 orang. Pelajar seramai hampir 300 orang.

Mohon doa agar Tibyan Centre menjadi permata buat ummah.

Iwana Aisyah Ab Halim
Membina Generasi Mencintai al-Quran

No SSM : 202203166687 (KT0525447-U)

Berminat? Pm admin Tibyan Centre.
https://www.wasap.my/60108340901/daftarkelas

#TibyanCentre
851 viewsedited  10:34
Buka / Bagaimana
2022-06-30 06:11:51
Bismillah. Alhamdulillah.

#Qiraat #Egypt #AlAzhar #Convocation
1.7K views03:11
Buka / Bagaimana
2022-06-28 07:10:46
"Air mata yang pernah gugur kerana sakitnya mengulang al-Quran akan dihitung diakhirat kelak oleh Allah. Jangan sedih kerana rahmat Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan bersedih selagi kau dengan al-Quran. Tetapi bersedihlah jika kau jauh dari al-Quran."

-Syeikh Ibrahim Azhari-

Maahad Qiraat Fatayat Al-Azhar Shoubra el-Kheimah, Misr

#Shoubra #ElKheimah #Qiraat #AlAzhar #Egypt
1.9K views04:10
Buka / Bagaimana
2022-06-17 19:10:07
Centre saya mencari guru al-Quran yang berkelayakan. Jemput mohon bagi yang berminat
2.4K views16:10
Buka / Bagaimana
2022-03-29 10:00:50 "Dik, tolong semak baki dalam akaun, boleh?"

Tengah beratur ditegur oleh seorang Makcik bertongkat dan seorang lelaki OKU berbangsa cina.

Selesai saya menolong abang OKU itu, kemudian saya tolong Makcik bertongkat itu.

"Makcik tinggal kat mana?"

"Kat belakang ni je. Rumat flat belakang tu."

Makcik itu kemudian hulurkan 3 kad bank dan nombor pin untuk saya semakkan akuan.

"Ada berapa baki, Dik?"

"Ada RM 10."

Dialog itu diulang untuk ketiga-tiga kad bank.

Makcik tu diam dalam resah.

"Tak masuk lagi duit bantuan tu ya, Dik?"

"Haah kut Makcik. Mungkin lambat sikit."

Saya pun hanya berteka saja.

"Hmm. Nak beli makanan untuk bulan ramadan macam mana ni?"

Saya terdengar Makcik itu berkata-kata sorang diri.

Saya senyum padanya sambil dia ingin berlalu pergi.

"Makcik, tunggu saya kejap boleh?"

Selesai saya ambil duit. Saya pergi padanya dan berikan sedikit sumbangan untuk ramadan.

"Makcik, doakan saya, boleh?"

Menitis air mata Makcik itu. Saya pulak sebak.

"Terima kasih banyak Dik. Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan jodoh yang baik."

Saya minta izin dan berlalu pergi.

Begitulah, kadang kita rasa kita lah yang paling susah. Sedangkan masih ada yang lebih susah dari kita.

Kadang kita rasa duit yang ada dalam akaun kita tu, tak cukup untuk membeli-belah bulan ini sedangkan ada yang masih memikirkan makanan apa yang ingin dibawa balik pada anak-anaknya dirumah.

Banyak nikmat yang kita tak syukuri. Banyak mengeluh berbanding bersyukur dengan kehidupan dan nikmat yang kita ada, kan?

Iwana Aisyah Ab Halim
Maka, nikmat mana yang kau dustakan?

Jemput join channel telegram saya,
https://t.me/aisyahiwana
4.7K views07:00
Buka / Bagaimana
2022-03-28 07:31:23
Kelas talaqqi al-Quran dengan saya sudah full slot. Insha-Allah untuk kelas tajwid dan kitab At-Tibyan masih ada kekosongan

https://www.wasap.my/60108340901/kelastajwid
2.9K views04:31
Buka / Bagaimana
2022-03-28 07:19:27
2.6K views04:19
Buka / Bagaimana
2022-03-28 07:19:16 "Nak bertalaqqi boleh?"

Awalnya saya menolak sebab rasa masih tidak layak dan banyak ilmu lagi kena cari.

Tapi bila dirujuk pada beberapa guru al-Quran saya, mereka meminta saya menerima pelajar untuk bertalaqqi dengan saya.

Alhamdulillah, bulan ini 2 orang pelajar saya yang paling awal khatam al-Quran bertalaqqi bersanad dengan saya.

Bila direnung balik, rupanya ada doa saya pada 15 tahun dulu bercita-cita untuk mengajar masyarakat membaca dan mencintai al-Quran.

Allah lorongkan sedikit demi sedikit. Kadang kita sudah lupa doa itu sedangkan Allah sentiasa ingat doa tersebut.

Hari demi hari, berkat doa Mama Papa, sokongan para guru dan ahli keluarga. Berkembang sedikit demi sedikit centre talaqqi al-Quran saya sendiri.

Kadang tak sangka, macam mimpi pun ada. Tapi itulah doa yang pernah saya lantunkan dulu.

Moga jika saya sudah meninggal dunia, mengalir pahala setiap pelajar saya mengaji al-Quran. Itu saya sangat harapkan. Aamiin.

Iwana Aisyah Ab Halim
Doa yang masih tersimpan rapi olehNya.

Ikuti channel telegram saya,
https://t.me/aisyahiwana
2.3K views04:19
Buka / Bagaimana